Bidang Kemanusiaan SMKJ dengan kerjasama Pengerusi Luak 2 dan Peserta Program NPQEL iaitu Pn Mimee Mastura binti Haji Isa telah mengadakan program Gapai Bintang (Genggam A+) untuk pelajar dan Program Gilap Permata untuk guru-guru Sejarah. Sebanyak 8 buah sekolah sekitar Daerah Kuala Pilah dan Jempol telah terlibat dalam program ini yang telah diadakan pada 30 April. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan iaitu, Pn Siti Norliza binti Jaafar dari SMKJ dan Pn Suhana binti Suhaimi dari TKS. Semoga semua pelajar memperoleh manfaat.

Share This