Pelajar DLP SMK Juasseh dari tingkatan 1 hingga 3 seramai 35 orang diberi peluang menyertai Kem GGR di Bukit Merah Lake Town Resort. Perkhemahan 3 hari ini disertai juga oleh Tuan Pengetua, Encik Awaluddin Abu Hassan, PKP Encik Anuar Tahar bersama 3 orang guru pengiring, En. Haris, Pn. Siti Hazar dan Pn. Norsilawati. Beberapa aktiviti menarik berlaku hari ini seperti team building dan lawatan ke Pulau Orang Utan.

Share This