KUALA LUMPUR: Selepas keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kebanyakan pelajar didakwa mengalami masalah apabila diminta membuat pilihan untuk mengambil aliran semasa menyambung pelajaran ke Tingkatan 4.

Hal ini kerana ada pelajar yang bijak dalam subjek Matematik dan Sains tetapi lebih selesa dan mempunyai minat mendalam dalam subjek Kesusasteraan.

Ada juga yang ingin mengambil aliran Kesusasteraan dan Kesenian, namun berminat dalam subjek Kimia.

Bagaimanapun, pemilihan subjek daripada kedua-dua aliran masih belum dibenarkan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Jumaat lalu mendedahkan aliran Sains dan Sastera di peringkat sekolah menengah di seluruh Malaysia bakal digabungkan.

Idea dan usaha tersebut dicadangkan oleh Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan sebagai cadangan penambahbaikan sistem persekolahan di Malaysia.

sumber :http://www.astroawani.com/berita-malaysia/aliran-sains-sastera-disatukan-adakah-malaysia-bersedia-198986

Share This