Berita Sekolah

Info Maklumat Terkini SMK Juaseh

Penilaian Pertandingan keceriaan Tangga

Satu pertandingan menceriakan tangga-tangga sekolah telah diadakan oleh unit hem. Pasukan yang bertanding ialah bidang bahasa, tek vok, kemanusiaan, sains/mate, ppki dan AKP. Keputusan akan diumumkan minggu hadapan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) 2018

Satu majlis anugerah kecemerlangan akademik 2018 diada pada 18 April 2019 untuk menghargai kejayaan pelajar dalam peperiksaan akhir tahun, PT3 dan SPM. Penyelaras DUN, Tn.Hj. Rosli Omar mewakili Timbalan Menteri Telekomunikasi dan multimedia merasmikan majlis. Turut...

Naib Johan Gothia Cup Peringkat NS

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak perempuan bawah 14 tahun SMKJ yang muncul naib juara, kalah kepada pasukan SSNS SMK Za'aba 2-3 dalam sudden death penalty shoot out. Di peringkat separuh akhir mereka mengalahkan SMK Tunku Ampuan Durah 3-1 dan menang ke atas...

Team Rocket cemerlang

SMK Juasseh menerima jemputan SMK Dato' Abdul Samad (DAS) untuk menyertai Pertandingan Roket sempena Karnival Pendidikan dan Hari Koperasi mereka. Dua team SMKJ berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga dalam kategori payung terjun. Syabas dan tahniah kepada Mohd...

Gothia Cup Bola sepak perempuan bawah 14 tahun.

SMK Juasseh menghantar satu pasukan bola sepak perempuan bawah 14 tahun dalam pertandingan piala Gothia peringkat NS. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Zulhelmi dan Cikgu Isham serta diurus oleh Cikgu Siti Hazar. Setakat hari ini, mereka layak untuk pusingan suku akhir...

Ceramah Israk Mikraj 2019

Sempena sambutan israk mikraj, satu ceramah diadakan pada 10 April di Foyer SMK Juasseh disampaikan oleh Ustaz Zuraidi , Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Kuala Pilah.

Program Bicara Hati bersama Dato’ Pengarah

Satu perjumpaan Bicara Hati bersama Dato' Pengarah JPNS telah diadakan pada 8 April 2019 bertempat di SK Tunku Munawir, Kuala Pilah. Majlis dihadiri oleh Pengetua, Guru besar dan penolong kanan pentadbiran, HEM dan Koku. Sesi bermula jam 2.15 petang dan berakhir jam...

LADAP RPH PAK21: Amalan terbaik

Satu sesi latihan perkhidmatan tentang amalan terbaik penulisan RPH PAK21 telah diadakan pada 1 April 2019 jam 3 petang. Sesi disampaikan oleh En. Anuar Tahar, penolong kanan pentadbiran.

Penyampaian Surat APC 2018

5 orang guru mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2018. Mereka adalah Hjh Norhashimah Hashim, Pk Ko, En. Zaharudin Ahmad, Pn. Nor Aziah Abdul Aziz, Pn. Suziana Mohd Noor dan Pn. Azlin Hairuddin. Tahniah dan syabas. Teruskan kecemerlangan anda untuk...

Share This