Pelajar
GURU
KELAS PERDANA
KELAS PPKI
Profil Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
Ditubuhkan pada 16.12.1999 dan Tuan Haji Abu Bakar bin Hassan (Pengetua 1) dan Encik Muhammad Khalid bin A. Aziz (Pegawai Tadbir) melapor diri. Pada 2.01.2000, 11 orang guru melapor diri bagi sesi yang bermula pada 17 Januari 2000 dengan enrolmen 112 orang pelajar tingkatan 1 memulakan sesi persekolahan dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh.
Pada 1.08.2000, penyerahan rasmi bangunan baru SMK Juasseh oleh JKR kepada Pengetua SMKJ selaku wakil JPNS. Encik Mohd Nasir bin Abdul Hadi (Pengetua ke 2) menggantikan Tuan Haji Abu Bakar yang berpindah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Secara rasminya, pada 08.08.2000 semua pelajar, guru dan kakitangan SMKJ berpindah secara rasmi ke bangunan sekolah baru.
Antara kejayaan yang memberansangkan ialah SMK Juasseh pernah mendapat Penganugerahan Ba’iah pada tahun 2013 untuk prestasi sekolah pada tahun 2012 di bawah pentadbiran pengetua ke-5, Puan Yatimah binti Jiram. Musolla SMK Juasseh juga pernah dicalonkan untuk pertandingan Musolla peringkat kebangsaan sebanyak 3 kali dan pencapaian terbaik ialah tempat ke-4.

TUAN HAJI MURAD BIN NORDIN
PENGETUA

ANUAR BIN TAHAR
PK PENTADBIRAN

ZAINUZZAMREE BIN MAT SAMAH
PK HEM

SHAHARUDIN BIN YUNUS
PK KO

SITI HAJAR BT ABDUL RAZAK
GKMP BAHASA

FARIDAH BT ZAINOL
PK PPKI
Berita Kami
Gotong royong Perdana 2020
Satu program rotong royong telah diadakan pada 18 Januari 2020. Tuan Haji Rosli Omar, penyelaras DUN Juasseh bersama 7 MPKK sekitar Juasseh turut serta. Kerja menceriakan kawasan sekolah bermula jam 9 pagi.
Kunjungan Mesra Sektor Pembelajaran JPNS
Satu rombongan dari Sektor Pembelajaran JPNS yang diketuai oleh Puan Shahrul Badriyah, KPP telah datang ke SMKJ untuk menyuntik semangat calon-calon SPM tahun ini. Terima kasih.
Pelancaran Bulan Kebangsaan
Pelancaran bulan kebangsaan peringkat sekolah telah diadakan pada 23 Ogos 2019. Majlis disempurnakan oleh PK HEM Tn. Hj. Zainuzzamree.
Pemantauan Akademik Ppdkp
Satu pemantauan akademik dari PPD Kuala Pilah yang diketuai oleh Encik Mohd Zain telah berlangsung pada 11 Julai 2019. Seramai 10 pegawai melaksanakan pemantauan Pdpc dan fail.
Papan tanda sekolah baru
Terima kasih kepada YB Ahli parlimen Kuala Pilah, Penyelaras DUN Juasseh dan PIBG SMK Juasseh kerana akhirnya sekolah mempunyai 2 papan tanda sekolah yang baru. Terima kasih kepada Binaridz di atas mutu kerja yang cemerlang.
Johan Nyanyian Solo Pesta Muzik Daerah Kuala Pilah
Lia Zaidi, pelajar 2UKM, muncul juara nyanyian solo Pesta Muzik daerah Kuala Pilah yang diadakan pada 18 Jun bertempat di SMK Juasseh. Tahniah. Tidak lupa pada pasukan Koir yang muncul naib juara pimpinan Cikgu Siti Aidawati.
PT3
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
SPM
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Takwim Sekolah

Muat Turun Takwim Sekolah
Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun
LAMBANG
Bulatan berbentuk glob melambangkan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh ke arah pendidikan bertaraf dunia. Bahagian glob yang serupa antara atas dan bawah serta kiri dan kanan bermakna pendidikan seimbang yang akan diterapkan
HURUF J
Huruf J (besar) berwarna biru bermakna Juasseh dan lain-lain nilai positif yang bermula dari huruf J seperti Juara, Johan, Jaguh, Jitu dan lain-lain

WARNA PUTIH
Setiap pelajar asalnya adalah bersih dan suci jiwanya. Sekolah berperanan mencorakkan pelajar ke arah bestari
WARNA BIRU
Biru di bahagian atas glob bermakna usaha menuntut ilmu tiada had sehingga ke langit biru di samping bermaksud keazaman dan istiqomah
WARNA KUNING
Ketaatan atau kepatuhan kepada Tuhan, Raja dan Negara
Lagu Sekolah
Lagu : Nadzar Abu Samah
Lirik : Abu Bakar Hasan
Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh
Sedia tempuh cabaran
Sedia menerima pembaharuan
Ilmu amal takwa cogan katanya
Kami pelajar SMKJ
Kami penggerak masyarakat
Kami penjana pembangunan
Kami pembina negara
Pelajar SMKJ pewaris bangsa
Peneraju tamadun dunia
Pelajar SMKJ maju dan jaya
menjadi kebanggaan bangsa
Kami di SMK Juaseh sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut
MISI KPM
VISI KAMI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
SLOGAN
Sentiasa Menjiwai Kecemerlangan Jitu
OBJEKTIF KPM
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ;
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;
Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.
MISI KAMI
MOTTO SEKOLAH
ILMU, AMAL DAN TAQWA
SMK Juaseh lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif
Di SMK Juasseh terdapat banyak kemudahan dan bilik-bilik khas yang boleh digunakan untuk PdP dan mesyuarat. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Bilik Gerakan At-Tirmidzi
2. Bilik LUXSYS (PAK21)
3. Studio Mi’mar Sinan (Studio LK)
4. Bilik PBD
Petunjuk Prestasi Utama Kami
Pencapaian murid mendapat Keputusan: Lulus
SMK Juaseh

72500 Juasseh
Negeri Sembilan Darul Khusus